Friday, April 12, 2013

SABAR ITU INFINITI...TIADA BATASNYA~~~

SABAR...
suatu perkataan yg mudah untuk diungkap di bibir..
tp terlalu sukar untuk diterap dalam hati..

bila diri ditimpa apa pun musibah,ujian,dugaan..
pasti ada insan sekeliling yg mengingatkan..
"bersabarlah,,,sentiasa kembali kepada Tuhan.."
"semua itu kan tanda DIA sayang.."

namun berbeza pula reaksi bg yg menghadapi..
"ahhh,,,kau ckp sng la...bkn kau yg kena lalui.."
"aku dah cukup bersabar selama ni.."
"sabar aku ada batasnya,,sbb aku bkn nabi.."

betul,,,kita semua bkn nabi..
kita punya hati yg lemah sekali..
tp janji ALLAH jgn pernah kita lupai..
bersama kesulitan,,pasti ada kemudahan yg mengiringi..

jika hati terasa lemah,,biarkan saja air mata mengalir..
DIA tau kita semua hamba,,sering saja hilang kekuatan..
sbb itu ALLAH kurniakan air mata sebagai hadiah..
untuk kita luahkan segala rasa,,ketika menghadap Yg Maha Kuasa..

ALLAH itu sumber segala2nya...
jika lemah,,minta kekuatan dari-NYA..
ketika jatuh,,minta DIA bangunkan kita..
bila resah,,mohon ketenangan daripada-NYA..

ingatlah wahai diri..
ketika kau rasa sudah habis tahap kesabaranmu..
kau sebut la nama ALLAH,,Tuhanmu Yg Satu..
pasti kau akan temui kembali kekuatan itu..

hakikat kesabaran itu tiada batasnya..
kerana ALLAH ciptakan sabar dlm diri..
adalah sesuatu yg infiiti..
ALLAHURABBI...  (T__T)

~moga ALLAH redha~

Wednesday, April 10, 2013

~ENGKAU IMAM,,,DAN AKU MAKMUM~


     Untuk kesekian kalinya, ingin aku coretkan rasa hatiku buat insan yang bakal menjadi pelengkap hidupku. Siapa kamu? Di mana kamu? Apa yang kamu lakukan? Bagaimana keadaanmu? Sungguh aku tidak tahu sedikit pun akan perihal dirimu namun hanya satu yang aku pasti, engkaulah lelaki itu yang telah ALLAH takdirkan untuk menjadi suamiku, pembimbingku ke jalan yang diredhai ALLAH dan temanku untuk menuju kehidupan yang abadi.

     Aku ini hanya wanita yang lemah, terlalu banyak kekhilafan yang telah aku lakukan dalam sedar ataupun tidak. Tidak pernah aku kesali akan perjalanan hidupku kerana aku yakin bahawa segala perkara yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. ALLAH telah menguji aku dengan pelbagai ujian sama ada pahit, manis, suka dan duka. Dan sekali lagi tidak pernah aku kesali akan segala ujian yang hadir kerana aku tahu betapa ALLAH sangat sayangkan aku. “jangan katakan kamu beriman selagi kamu tidak diuji”. Inilah di antara ayat yang terdapat dalam kalam ALLAH sebagai bukti bahawa perjalanan untuk menuju keimanan bukanlah sesuatu yang mudah.

     Namun begitu, aku mohon pengertian darimu seandainya aku tidaklah sebaik atau sesempurna yang engkau impikan. Maafkan aku kerana aku pernah memberikan cinta kepada insan lain sebelum kamu, sedangkan kamulah yang paling berhak ke atas cintaku. Maafkan aku kerana telah menodai hati ini dengan meletakkan insan lain di ruang hatiku sebelum tiba masanya aku bertemu kamu, sedangkan hanya kamu yang layak bertakhta di hatiku. Setelah sekian lama, ALLAH hadirkan kesedaran di hatiku bahawa ada seseorang menanti diriku untuk dijadikan sebagai permaisuri di syurga dunia dan bidadari di syurga akhirat.

     Walau aku terlalu banyak kekurangan, aku pinta izinkan aku untuk menjadi ketua bidadarimu di syurga ALLAH nanti tetapi ianya tidak  mencukupi sekiranya kita sekadar menjadi muslim dan muslimah sahaja. Kerana itulah aku memerlukan kamu untuk menjadi mukmin yang sejati agar dapat kamu memimpin aku untuk menjadi mukminah dan kita sama-sama berjuang untuk menjadi insan muttaqin. Untuk kamu yang bakal melengkapi hidupku, jangan terlalu mengharapkan bahawa aku ini sudah cukup solehahnya. Aku masih berusaha untuk menjadi wanita solehah kerana itulah impian aku, untuk menjadi isteri dan ibu yang solehah.
  
     Dalam perjalanan untuk membentuk solehah dalam diri, ada ketika aku terleka, terlalai dan tersungkur di jalan yang salah. Dosa dan noda sentiasa terpalit dalam tindakanku sekaligus menjadikan hatiku suram dan pudar kesuciannya. Maafkan aku kerana ada detiknya aku terlupa akan kewujudanmu untukku sehinggakan aku menjadi seperti manusia yang tiada iman di hati. Aku cuma ingin kau tahu betapa hati ini terlalu rindukan kamu dan menanti cinta darimu. Tetapi aku tidak mahu kita bertemu di jalan cinta yang salah. Aku ingin jalan cinta yang halal bersamamu kerana engkaulah bakal ayah kepada anak-anakku nanti. Dan biarlah zuriat yang bakal lahir adalah berpunca dari permulaan yang diredhai ALLAH.

     Wahai bakal ayah kepada anak-anakku, aku yakin engkau juga mengimpikan perkara yang sama sepertimana aku mengharapkan zuriat yang bakal lahir mampu menjadi harta paling berharga buat kita di dunia dan akhirat. Dan mereka hanya akan menjadi harta paling berharga apabila menjadi anak-anak yang soleh solehah. Bukan mudah untuk mendidik dan membentuk mereka agar sentiasa memilih untuk berjuang di jalan ALLAH, sedangkan jalan itulah yang penuh dengan dugaan. Oleh kerana itu, aku sangat-sangat berharap engkau mampu menjadi imam kepada keluarga bahagia kita nanti. Engkau berperanan untuk mendidik kami dan aku sebagai isterimu, bertanggungjawab untuk mengingatkan apabila kau terlupa.

     Namun begitu, aku mohon agar kau mampu menegur aku secara berhikmah andai ada kesilapan yang aku lakukan. Jika ada tindakanku yang tidak menyenangkanmu, tegurlah aku dengan penuh kasih sayang. Jika ada kekuranganku yang membuat engkau tidak selesa, khabarkan kepadaku dengan penuh rasa cinta. Agar aku tahu akan kelemahanku dan berusaha untuk membaiki semuanya untuk kebahagiaanmu, suamiku. Sayangi dan cintailah aku seadanya kerana aku wanita yang dicipta dari tulang rusukmu. Maka, akulah yang akan melengkapkan keseluruhan rusukmu itu.

     Tapi jangan pernah kau lupa wahai bakal suamiku, aku ini merupakan tulang rusuk yang bengkok. Jika kau ingin luruskannya sudah pasti ia akan patah dan jika kau terus biarkan ia bengkok, maka aku tidak akan pernah mampu untuk sempurnakan hidupmu. Ingatlah yang tulang rusuk ini dekat di bahu untuk dilindungi dan dekat di hati untuk dikasihi, bukan letaknya di kepala untuk dijunjung dan bukan pula letaknya di kaki untuk dipijak. Semoga ALLAH temukan kita pada jalan nikah yang halal dan kita dapat bersama berusaha dalam meraih CINTA dan REDHA ALLAH.
Aamiin ya RABB……

TERISTIMEWA BUAT,
Kamu yang bakal menjadi suamiku


~pimpin aku ke jln ILAHI~


~moga ALLAH redha~

Sunday, April 7, 2013

~~ALLAH jua tempat kembali~~

ALLAHURABBI......
hanya DIA sebaik2 tempat pengaduan..
hati ni ALLAH yg jaga..
kadang2 rs terkilan dgn sikap org lain terhadap kita..
tp ble igt kt ALLAH,,,trus rs kuat wlupn air mata mengalir tanpa henti..
di sebalik kesedihan,,terselit kekuatan yg dtg dr DIA yg Maha Mengerti..

aku bukan siapa2...
hanya seorg manusia biasa,,,hanya seorg hamba yg hina..
ilmu agama yg ada dlm dri cuma sedikit,,mgkin blh dibilang dgn jari..
tp 1 prkra yg sntiasa aku igt..utk dri sdri,,adik2,,sahabat2..
prgantungan hrp pd ALLAH jgn sekali2 berkurang..

walau dri hanya ibarat sebutir pasir di mata manusia..
atau barangkali cuma seperti hama,,lgsg x trlihat di pndangan mata..
tp ALLAH tetap melihat kita..
biar ilmu secebis cuma,,tp keyakinan pd yg ESA seluas dunia..
takdir ALLAH jgn di tanya..
kenapa begitu,,kenapa begini..??

DIA yg mencipta,,DIA yg mengatur,,DIA jua penentu segalanya..
usah dipersoal apa jua yg menimpa..
di sebalik prkara negatif yg melanda,,pasti ada hikmahnya..
cuba selami dgn hati yg redha,,nanti akn ketemu jawapannya..
di mata kte mgkin ianya buruk,,tp di sisi ALLAH trsembunyi 1000 kebaikan..
di fikiran kte mgkin baik,,tp di sisi ALLAH trsisip 1000 keburukan..

hanya ALLAH yg lbh mengetahui..
apa yg baik,,apa yg buruk utk hamba2-NYA..
prmulaan yg buruk belum tntu berakhir dgn keburukan juga..
mgkin kerana yg buruk itu la,,kte akn berhijrah kpda yg lbh baik..
begitu juga permulaan yg baik,,belum tntu berakhir dgn kebaikan..
mgkin kerana sntiasa merasa baik,,tnpa sdr dri kte tlh trsungkur pd jln keburukan..

sntiasa la berusaha utk kembali kpda fitrah..
fitrah seorg manusia,,adalah hamba yg mengharapkn sang Pencipta..
wlu siapa pn kte,,rs ingin bertuhan tetap ada..
bhgia cmne pn kehidupan kte,,ALLAH jua tempat kembali..
ketika gembira,,kembali kpda ALLAH utk brsyukur..
ketika berduka,,kembali kpda ALLAH utk mengadu..
dan semua yg bernyawa,,pasti akn mati utk kembali kpda ALLAH..



*sesungguhnya sebaik2 tempat kembali adalah di sisi ALLAH*

~moga ALLAH redha~