Saturday, November 5, 2011

Devotees - ku damba redhaMu



Kudamba Redha-MU
Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cinta-MU tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah Tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku... ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redha-MU.. kuharungi jua

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cinta-MU
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya...

Rap:
Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cinta-MU tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayang-MU yang tiada bertepi
Setiap hamba-MU tetap KAU sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hamba-MU tak pernah KAU mungkiri
Maafkanlah... redhailah....

Aku bersaksi bahawa KAU sesungguhnya
Tuhan yang Agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan





~JOM KITA SAMA2 BERUBAH UTK JADI LEBIH BAIK!~ (^__^)